Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata dia faham maksud sebenar perkataan 'nate beghuk' namun sengaja pura-pura tidak tahu.
Kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini, dia hanya bergurau dan mengenakan selebriti media sosial, Pian Kpop kerana membohonginya.
"Orang yang fikir saya bodoh sebenarnya dia lah yang bodoh. Bagi saya apa yang dia katakan itu sudah melampau.
"Sudah tentu saya tahu beruk itu apa dan maksud perkataan itu. Saya rasa dia yang kurang bijak sebab tak faham maksud di sebalik gurauan saya dengan Pian Kpop itu.
"Saya saja buat-buat tak tahu sebab nak kenakan balik Pian yang cuba untuk menipu," kata Ruhainies.
Ruhainies diminta mengulas apabila dikatakan tidak tahu maksud sebenar 'nate beghuk' menerusi video yang dimuat naik selebriti media sosial, Pian Kpop pada awal tahun lalu.
Bagaimanapun, Video tersebut menjadi tular di laman sosial apabila ada individu yang memuat naik semula di Twitter pada Isnin.
Nate beruk ialah salah satu loghat dalam bahasa Kelantan yang bermakna 'binatang beruk'
Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik semula video yang dirakam pada awal tahun lalu.
"Sebenarnya video tersebut diambil pada awal tahun lalu ketika saya datang ke Kelantan untuk membuat kemunculan di sebuah spa.
"Lagipun video itu Pian yang memuat naik dalam Facebook dia tapi ada individu yang membuat video tersebut tular di laman sosial," ujarnya.
Menurut pelakon Menantu Ting Tong ini, individu yang menularkan video tersebut hanya niat untuk menghiburkan pengikutnya dan dia sudah membuat permohonan maaf.
"Lelaki yang memuat naik semula video itu di Twitternya sudah pun minta maaf pada saya. Dia kata tidak ada niat nak mempersendakan saya.
"Hanya sekadar ingin menghiburkan pengikut di laman sosialnya namun tidak sangka ada yang tidak faham maksud disebalik itu," katanya.
Sumber “Bukan Saya Tapi Dia Yang Bodoh” - Ruhainies