Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki pasaran serantau yang terjejas teruk oleh penjualan besar-besaran di Wall Street, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 40.62 mata atau 2.19 peratus kepada 1,812.45 dari penutupan 1,853.07 pada Isnin.

Indeks bergerak antara 1,795.85 dan 1,820.37 sepanjang hari selepas dibuka 38.64 mata lebih rendah pada 1,814.43.

FBMACE pula pada 6,141.41 turun 210.02 mata dan FBMEmas pada 12,927.01 jatuh 293.68 mata.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,208 berbanding 119, dengan 203 kaunter tidak berubah, 314 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 5.20 bilion saham bernilai RM5.32 bilion daripada 2.65 bilion saham bernilai RM2.84 bilion semalam.



Sumber Bursa Malaysia ditutup rendah

Post a Comment

Previous Post Next Post