Deejay mabuk 'naik angin' ditegur

KUALA LUMPUR: Seorang deejay di sebuah hotel terkemuka mengamuk selepas ditegur kerana tindakan melanggar kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi tadi, deejay berusia 23 tahun itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar kon laluan masuk ke lorong tol.

ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, tindakan deejay berkenaan kemudiannya ditegur pengawal keselamatan.

"Akibat teguran itu, suspek kemudian keluar dari kereta dan bertindak menyerang serta menampar pengawal keselamatan berusia 25 tahun itu.

"Malah, suspek turut dikatakan mengugut untuk mencederakan pengawal keselamatan yang menegurnya," katannya dalam kenyataan.

Susulan itu, polis peronda lebuh raya dengan kerjasama polis bantuan Lingkaran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) berjaya mengesan dan menahan suspek.

Suspek dijangka direman esok kerana kesalahan mendatangkan kecederaaan.



Sumber Deejay mabuk 'naik angin' ditegur

Post a Comment

Previous Post Next Post