“Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari…” – Tajul panas hati minta ‘haters’ jangan tunjuk bangang

SERING kali menerima kecaman daripada netizen, penyanyi Tajul menggunakan peluang membalas komen negatif yang ditinggalkan di laman sosial.

"Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari..." - Tajul panas hati minta ‘haters’ jangan tunjuk bangang

“Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari…” – Tajul panas hati minta ‘haters’ jangan tunjuk bangang

Menurut Tajul, 20, dia sudah lama tidak melayan ‘haters’ di Instagram dan berasakan perlu sesekali membalas komen mereka dengan tujuan memberi pengajaran.

“Rasa macam lama sangat tak layan haters ni, sekali sekala bagi dia orang hadam pula. Bukan selalu!.

“Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari…,”tulisnya.

Tajul balas komen haters di laman Instagram.

Penyanyi lagu Melamar Rindu ini berkata demikian menerusi muat naik di Instastory pada petang Khamis.

Menerusi foto tersebut, dia turut membalas beberapa komen negatif yang ditinggalkan pengikutnya di laman tersebut.

“Biar muka tak berapa nak cerdik, tapi jangan tunjuk bangang yang melampau kat komen aku. Semak, pergi main jauh-jauh,” balasnya kepada pemilik akaun abam-bawang69.

Sementara itu, Tajul berkata dia menggunakan tanda pagar (hashtag) Cerdik Kids Geliuntuk golongan haters berkenaan.

Tajul memiliki hampir 600,000 pengikut di laman Instagram.

Malah, dia mengakui pernah menyekat pengikut yang meninggalkan kecaman tidak bermoral di akaun miliknya itu.

#CerdikKidsGeli tu trademark aku dari dulu untuk haters. Mana yang kena block dulu memang ayat tu lah yang dia dapat. Haha,” tulisnya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Tajul bakal melancarkan mini album yang mengandungi lima buah lagu Mac ini.

Sumber: Mstar



Sumber “Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari…” – Tajul panas hati minta ‘haters’ jangan tunjuk bangang

Post a Comment

Previous Post Next Post