KUALA LUMPUR: Lapan pasukan Dota 2 akan bertarung bagi merebut gelaran terbaik di Malaysia dalam pusingan kalah mati Liga E-sukan Malaysia (MESL) pada hujung minggu ini di Mid Valley Megamall.
Sumber Dota 2: Siapa bakal juara MESL?
Pemenang juga bakal membawa pulang hadiah wang terkumpul RM500,000.
Pasukan yang bertanding esok adalah termasuk Team GeekFam, Team HighGround, Team Mobile Girl, Team5ive, Team Flash, Fire Dragoon, Team RedBear dan Team 818 ESports.
MESL yang bermula sejak Ogos tahun lalu, telah disertai 600 pasukan dan sebanyak 16 kumpulan teratas telah disenarai pendek.
Kemudiannya lapan pasukan berjaya memasuki pusingan kalah mati esok yang menampilkan pemain-pemain Dota 2 berbakat pada musim ini.
Selain menjadikan Dota 2 sebagai acara utama liga ini, beberapa e-sukan turut dipertandingkan termasuk kejohanan Mobile Legends dan FIFA 18.
Sumber Dota 2: Siapa bakal juara MESL?
Tags:
Sukan AA+