Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi membuat laporan polis semalam.
Ketua jabatan siasatan jenayah Selangor berkata aduan dibuat di balai Damansara pada 5.54 petang berkaitan kejadian pada 11 Januari lalu.
“Siasatan sedang dijalankan secara terperinci termasuk mengenai nama-nama individu yang dilaporkan oleh Farid,” kata SAC Fadzil Ahmat.
Pada tarikh itu, pelakon Anak Halal ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik balai sama.
Farid, 37 tahun, juga dikesan positif dadah, kemudian ditahan dan didakwa atas beberapa pertuduhan di mahkamah pada 25 Januari lalu.
Menyatakan aduan itu melibatkan “sebelum, ketika dan selepas kejadian berkenaan”, Fadzil berkata Farid harus bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada polis.
“Kita akan memanggil dia untuk merekodkan keterangan dalam kadar segera,” katanya.
Sumber: Projek MMO
Sumber Farid buat aduan polis lagi, sebut nama beberapa orang