Umum mengetahui dua anak jutawan kepada empayar perniagaan terbesar di Malaysia iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan sudah bekahwin pada minggu lalu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan cukup meriah dan mewah di The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Selepas selesai majlis akad nikah, pasangan ini tampil mengenakan busana tradisional Cina yang sangat cantik untuk upacara minum teh. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah aksi cium mulut SM Faliq dan Chryseis yang tidak sesuai untuk dikongsikan di media sosial. Pasangan tersebut dianggap tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Walauabagaimanapun, foto berkenaan bukanlah dimuat naik oleh SM Faliq dan Chryseis tetapi tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.
Sumber Gambar: Aksi cium mulut SM Faliq dan Chryseis Tan dikecam tidak hormat sensitiviti umat Islam