Hiba ayah sakit, gadis cun jadi pengawal sara adik

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Walau dicemuh dan dipandang hina, seorang gadis sanggup berhenti sekolah demi membantu menyara keluarga.

Sri Mahyuni Munif, 19 tahun, menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah di ibu negara, walau bapanya membantah hasrat itu, lapor Harian Metro.

Hiba ayah sakit, gadis cun jadi pengawal sara adik

Hiba ayah sakit, gadis cun jadi pengawal sara adik

“Biarpun ayah berkeras meminta saya jangan berhenti sekolah, saya terpaksa lakukan kerana tidak sanggup melihat ayah bekerja dalam kesakitan,” katanya.

Bapanya, 54 tahun, buruh binaan, kerap sakit dan tidak mampu mengangkat barang berat akibat nahas 20 tahun lalu.

Tular di media sosial, Sri Mahyuni, melakukan pelbagai kerja sejak usia 14 tahun, mengakui pelbagai cabaran ditempuhi sejak setahun bertugas.

Cabaran itu termasuk kerenah ibu bapa melanggar peraturan dan enggan mematuhi arahan ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah.

“[…] sebab anggap kerja pengawal ini golongan bawahan. Lebih-lebih lagi saya masih muda dan juga perempuan,” kata gadis asal Kampung Datuk Keramat.

“Tetapi hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak. Ramai murid di sekolah rapat dengan saya ada yang menangis kerana berpisah selepas tamat tahun enam.”

 Sumber: Malay Mail


Sumber Hiba ayah sakit, gadis cun jadi pengawal sara adik

Post a Comment

Previous Post Next Post