BARU-BARU ini kita gempar dengan berita seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan bersalah kerana bunuh dan rogol seorang suri rumah tiga tahun lalu.
Berita itu bukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah golongan selebriti turut ‘terpanggil’ memberi reaksi berhubung hal itu. Antaranya pelakon, Fathia Latiff.
Baca artikel sebelum: Lelaki dihukum gantung sampai mati, Rogol dan sembelih isteri polis sampai mati
Fathia memetik satu tweet menerusi akaun Twitter pada Rabu dilihat melontarkan kenyataan dan pendapat tidak berasas mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada suspek.
“Tidak boleh ke bagi dia second chance? Mana tahu lepas ni, dia berubah jadi orang yang lebih baik? Ni kes 3 tahun lepas. Semoga roh berada dalam keadaan yang tenang dan aman. Amin.
“Tapi mungkin dalam masa 3 tahun itu dia sudah belajar jadi manusia yang berguna?” ujar Fathia lagi menerusi kicauan terbaharu itu.
Pendapat secara terbuka Fathia yang tidak berasas itu dilihat telah menarik perhatian sekali gus menerima pelbagai reaksi balas daripada netizen.
Rata-rata netizen menempelak pendapat pelakon kontroversi itu, mereka menyifatkan urusan taubat dengan Tuhan adalah hal peribadi tetapi hukuman dunia mesti dilaksanakan sebagai pengajaran.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus mendapat perhatian ramai khususnya para pengikut Fathia menerusi laman Twitter.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Isu lelaki dihukum gantung kerana rogol dan sembelih bini orang sampai mati, Fathia Latiff luah rasa kesian: “Tak boleh bagi dia second chance?”