Dalam acara kategori lightweight itu, Ting, 28 tahun, menundukkan Sexton dari Costa Rica menerusi keputusan pengadil.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu mempamerkan kombinasi serangannya yang padu dan pantas, mengasak lawannya hingga ke penghujung pusingan ketiga.
Selepas pertarungan yang mencabar, keputusan pengadil jelas memihak kepada Ting.
"Ia pertarungan yang mencabar, pada mulanya saya fikir saya boleh menewaskannya pada pusingan kedua. Namun pusingan kedua memihak kepada dia (Sexton)."Pada pusingan ketiga, saya mengambil langkah untuk bersabar dan bertahan hingga pertarungan selesai," katanya ketika ditemui pemberita.
Ting pada Ogos tahun lalu telas menewaskan bekas juara dunia welterweight dari Jepun, Nobutatsu Suzuki pada kejohanan ONE: Quest For Greatness, di Stadium Negara.
Sebelum itu, dia yang mempunyai rekod kemenangan 15-4, pernah berdepan petarung Filipina, Eduard Folayang bagi merebut takhta juara dunia lighweight.
Namun, Ting tewas selepas bertarung hingga ke lima pusingan.
Kini, dia sekali lagi berpeluang untuk merebut kejuaraan kategori tersebut apabila berdepan Timofey Nastyukhin dari Russia nanti.
Sumber Jaguh MMA negara Ev Ting tundukkan petarung Costa Rica di Yangon