Kate Middleton minat fesyen pereka tersohor Malaysia

Kate Middleton menunjukkan minat pada rekaan Datuk Seri Bernard Chandran di majlis fesyen di Istana Buckingham, London. — Foto ihsan Instagram/Bernard ChandranKate Middleton menunjukkan minat pada rekaan Datuk Seri Bernard Chandran di majlis fesyen di Istana Buckingham, London. — Foto ihsan Instagram/Bernard ChandranKUALA LUMPUR, 23 Feb — Kate Middleton, isteri kepada cucu Ratu Elizabeth, berminat dengan hasil pereka terkenal Malaysia Datuk Seri Bernard Chandran.

Pereka tersohor itu dijemput mempamerkan rekaannya di majlis fesyen di Istana Buckingham di London baru-baru ini, lapor New Straits Times.

“Baginda mahu mengetahui lebih lagi,” coret pereka fesyen itu dalam keterangan fotonya bersama isteri Putera William, duke Cambridge.

Foto itu yang dimuatkan di Instagram semalam menerima pujian dan sokongan pengguna media sosial itu yang bangga dengan pencapaian beliau.



Sumber Kate Middleton minat fesyen pereka tersohor Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post