Izreen dihubungi berkata, dia kesal apabila terdapat manusia yang bersikap busuk hati dan suka bergelumang dosa.
“Alhamdulillah di atas fitnah yang dilemparkan. Janji saya bahagia dengan rezeki dan ketentuan yang Allah berikan untuk saya.
“Tak faham dengan manusia yang hati kotor dan penuh dosa. Setiap hari tambah dosa sebab terlalu ghairah nak buka aib orang lain.
“Barangkali golongan ini tiada kehidupan. Diri suci tanpa dosa dan yakin masuk syurga. Sangat menyedihkan,” katanya.
Menurut Izreen, anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.
"Sampai anak saya nak dibabitkan. Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya saja. Kenapa nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ini.
"Saya berkahwin dgn bekas suami 30 Ogos 2012 dan anak saya lahir pada 13 Julai 2013. Kalau anak orang lain apa jadahnya bertahun-tahun dalam perut," katanya.
Izreen mengulas dakwaan sebuah akaun Instagram yang mencantumkan foto anaknya bersama wajah anak pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan mendakwa kanak-kanak itu berwajah seiras yang berkemungkinan daripada darah yang sama.
Dalam erti kata lain tuduhan itu bermaksud Izreen mempunyai hubungan dengan Amar sehingga melahirkan Muhammad Adrian Umar.
Sementra itu, Izreen berharap individu itu diampunkan dosa dan diberi petunjuk.
“Allah SWT lebih mengetahui. Semoga sempat terampun dosa mereka yang menabur fitnah pada insan yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa.
“Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada hati mereka yang hitam dan penuh kebencian,” katanya.
Izreen mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.
Dia kemudian berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29 pada Ogos lalu.
Sumber Kenapa anak saya dan anak Amar?