Kes Aliff Aziz tiada kaitan dengan saya - Farah Nabilah

FARAH Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Fawaa berkata, dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama Halalkan Hati Yang Ku Curi yang bakal bersiaran untuk Ramadan nanti.

Menariknya, kali ini Fawaa digandingkan dengan hero tinggi lampai, Aliff Aziz yang pernah mencetuskan kontroversi.

“Bila sebut digandingkan dengan Aliff, mesti orang cuba nak kaitkan dengan apa yang pernah berlaku ke atasnya sebelum ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tiada masalah untuk bekerja dengan siapa pun kerana bagi saya sikap profesional itu mengatasi segala-galanya.

“Meskipun Aliff ada sejarah kontroversi dengan heroinnya sebelum ini, saya taklah sampai nak menjauhi atau bersangka bukan-bukan terhadapnya kerana semua itu tiada kaitan dengan saya,” katanya yang sentiasa bersikap positif.

Selain aktif dengan lakonan, Fawaa mengakui sejak akhir-akhir ini kerap menerima tawaran untuk muncul dalam program masakan.

“Sejak orang tahu saya suka memasak dan sering memuatkan aktiviti itu di Instagram, ramai pula yang jemput jadi artis undangan untuk program masakan.

“Sehingga sekarang saya dah terlibat dalam banyak program masakan sebagai artis jemputan termasuk program bersama Anis Nabilah, Syafie Naswip, Chef Ismail dan lain-lain.

“Memang seronok kerana masakan adalah salah satu hobi dan aktiviti yang saya suka lakukan sejak kecil lagi,” katanya yang berhasrat untuk mempunyai program masakan sendiri pada masa akan datang.



Sumber Kes Aliff Aziz tiada kaitan dengan saya - Farah Nabilah

Post a Comment

Previous Post Next Post