Lelaki terselamat pokok tumbang timpa kereta

KLANG: Seorang lelaki berusia 50-an, terselamat apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menimpa kereta dipandunya ketika beliau melalui Jalan Kampung Teluk Pulai, di sini, semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani, berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 8.40 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati ada sebatang pokok tumbang dan menghempap dua kereta yang diletakkan di tepi jalan. Sebuah lagi kereta yang sedang melalui jalan berkenaan juga dihempap pokok berkenaan.

"Seorang lelaki berusia 50-an yang memandu kenderaan itu bagaimanapun terselamat. Operasi menyelamat dan membersihkan kawasan ini tamat jam 22.10 malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Operasi itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kampung Sungai Delek dan Sungai Udang serta Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Insiden itu viral selepas gambar kejadian dikongsi pembaca dalam media sosial Facebook sejak malam tadi. Ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik.

Keterangan gambar:

1. Pokok tumbang yang menghempap tiga kereta di Jalan Kampung Teluk Pulai, di sini, malam tadi. Foto ihsan pembaca, Syafiq Esa



Sumber Lelaki terselamat pokok tumbang timpa kereta

Post a Comment

Previous Post Next Post