Lelaki warga Pakistan ditahan operasi sempena Hari Kekasih

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan dalam operasi cegah maksiat, Ops Mawar Merah oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Kekasih, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam di sebuah hotel bajet di sini, lelaki berusia 28 tahun dan bekerja di tapak pembinaan di Gelang Patah itu didapati bersama seorang wanita warga Vietnam berumur 30 tahun dipercayai teman wanitanya.

Hasil temu bual, wanita terbabit mengaku sudah berpacaran kira-kira setahun dengan teman lelakinya itu dan mereka sering bertemu apabila ada masa terluang.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan pada mulanya mendakwa baru mengenali wanita itu yang bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kilang pakaian di sini.

Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif, berkata wanita itu kemudian dilepaskan kerana bukan beragama Islam.

Beliau berkata, teman lelakinya beragama Islam pula ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana kesalahan berkhalwat.

"Enakmen itu memperuntukkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.



Sumber Lelaki warga Pakistan ditahan operasi sempena Hari Kekasih

Post a Comment

Previous Post Next Post