'Menyibuk punya perempuan. Bising je.' - Ini reaksi golongan lelaki biadab bila ditegur ceroboh koc wanita


Tujuh tahun Koc Merah Jambu atau Koc Wanita diperkenalkan, namun sehingga ke hari ini masih ada golongan lelaki yang tidak faham bahasa masih tidak segan menceroboh dan menindas golongan wanita.

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang perempuan tidak cuba meminta sekumpulan lelaki yang memasuki koc wanita agar beralih ke koc lain, namun tindakannya itu dibalas pula dengan kata-kata biadab dan kurang ajar. Malah ketika kejadian, tiada seorang pun wanita yang berada dalam koc berkenaan tampil mempertahankan anak muda ini.

AKU benci perempuan yang diam bila hak dia dirampas. Aku benci dengan perempuan yang tak reti nak pertahankan hak mereka sendiri dan aku benci dengan perempuan yang masih membatu sangat mereka tahu diam mereka itu memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari. 

Tak perlulah aku ambil contoh berat. Simple je, senang kata tadi aku baru je lepas merambat 10 lelaki dari train KTM ladies coach. On my way nak balik ke Rawang daripada Shah Alam dengan Wan Nurain Meor. Seat ladies coach penuh. Penuh dengan lelaki-lelaki tetapi dalam masa yang sama perempuan berdiri (termasuk aku) okay, tak apa lagi. 
Tapi aku start panas hati bila ada seorang kakak ini pegang baby. Baby dia mengamuk. Kakak ini nak breastfeedkan baby tetapi lelaki-lelaki sekalian ini bukan main lagi dok tengok. Terkial-kial kakak itu nak uruskan anaknya yang meragam dan lelaki-lelaki itu pula memerhati. Eh? Boleh buat muka bangang abadi pula lelaki-lelaki ini. Kita bagi peluang lelaki ini duduk, sambil itu kita pandang direct saja. 
Sampai Stesen Subang Jaya, aku dah tak tahan. Makin ramai pula lelaki yang masuk dan buat tak tahu saja. Dan aku start pergi ke tengah-tengah keramaian itu. Elok saja aku cakap suruh pergi berpindah ke coach sebelah, ada pula seorang lelaki ini menjawab. 
Lelaki 1: "Apehal pulak nak bangun? Semua orang pun ada. Lantak biarlah. Semak," jawab dia sambil itu tiada seorang lelaki pun yang berganjak. 
"Dah ada tulis di atas tu, lambang pun ada. Tak reti baca atau buta? Sini tempat perempuan. Awak ni perempuan ke?" tegas aku. 
Lelaki 2: "Menyibuk punya perempuan. Bising je." 
Lelaki 1: "Biar dia. Bodoh bising punya perempuan."
Bontot itu tak gerak lagi tu. Berdesing telinga aku. 
"Kau bangun sekarang! Tak payah nak buat bodoh. Ni tempat perempuan. Kau bangun sekarang! Kau pergi belah sana," suara aku dah mula meninggi. 
"Now! Bangun sekarang! 1, 2, 3, 4, (ada empat orang lelaki) dan kau bawa sekali yang dekat hujung sana tu. (ada sekumpulan lagi lelaki)," kata aku lagi. 
Lelaki 1: "Kau pergi la cakap sendiri. Bodoh je bising."
"Eh? Dah buat salah, tak tahu malu lagi? Nak panggil orang bodoh? Dasar bangang!" aku kata.  
Diorang mula bergerak tetapi mulut carutkan aku kalah p**i ayam. Semua perempuan cuma pandang aku. Aku benci sebab tiada seorang pun perempuan lain yang berani tampil mempertahankan aku, pertahankan sesuatu kelayakan yang KTM sudah anugerahkan buat golongan perempuan dan korang perempuan biarkan saja saat lelaki memaki aku (perempuan yang cuba pertahankan sesuatu yang merupakan hak korang juga!). 
Sambil empat lelaki tadi bergerak, aku pun gerak sekali sebab nak pergi slow talk dengan sekumpulan lelaki di hujung itu pula. (Lelaki warga Bangladesh rasanya). 
"Excuse, can all of you transfer to other coaches? This coach is for ladies only." 
Tak ada cakap apa-apa, geng Bangladesh ini terus blah. Tersipu-sipu saja sengih nampak gigi.
Bila tengok balik tempat first tadi, kakak itu tengah breasfeedkan baby dia. Diam dah budak itu dan tempat yang lelaki-lelaki ini duduk semua dah ada orang duduk (perempuan). Dan sepanjang perjalanan ke destinasi, hanya aku saja yang bersuara setiap kali ada lelaki nampak selesa dan selamba badak masuk coach perempuan. Kecuali masa...
Sampai saja di Stesen Kuala Lumpur, punyalah ramai lelaki buat bangang. Seorang pakcik buta sebelah mata jadi my hero for today. Dari hulu coach sampai hilir coach perempuan ini dia kutip jejantan jongos dan halau mereka suruh pergi ke coach biasa. Beberapa kali pula itu dia jalan dari hujung ke hujung. 
To you pakcik, Thank you Hero! Yang aku bulatkan tu gambar my hero for today.


Sumber 'Menyibuk punya perempuan. Bising je.' - Ini reaksi golongan lelaki biadab bila ditegur ceroboh koc wanita

Post a Comment

Previous Post Next Post