Ney Ney dan ibu. (Pic: Instagram @noradanish)
Nora Danish selamat melahirkan cahaya mata lelaki pagi tadi hasil perkahwinan beliau dengan Nedim Nazri. Malah nama timangan anaknya juga sudah lama diberikan dengan panggilan Ney Ney.
Baby itu dilahirkan empat minggu lebih awal di Pusat Perubatan Prince Court pada jam 9.02 pagi tadi. Ia dilahirkan secara C Section dengan berat 3 kilogram.
Nedim berkongsi kegembiraan itu di bawah Insta Story akaun Instagramnya, boss_ned.
“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Terima kasih untuk doa semua,” katanya penuh teruja.
Bahkan Nedim turut memuat naik video isterinya itu yang dalam keadaan stabil selepas melahirkan anak mereka.
Malah menerusi satu lagi Insta Storynya dimuat naik, dia memuji isterinya masih lagi kelihatan cantik selepas melahirkan anak mereka.
“Syukur Alhamdulillah my baby looking so beautiful,” katanya.
Nora melahirkan anaknya itu lebih awal daripada tarikh jangkaan yang sepatutnya iaitu pada 9 Mac depan. Malah sebelum ini Nora juga pernah berharap anaknya itu dilahirkan sama dengan tarikh hari lahirnya, 7 Mac.
"Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.
"Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik," katanya.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.
Anak sulung Nora menerusi perkahwinan terdahulu, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram kini berusia 9 tahun.
Sumber “My Baby Looking So Beautiful” – Nedim