“Paling sedih bila kawan saya minta semua kawan lelaki sentuh perutnya” – Saya kena paksa makan dalam lampin, konon ”Baby Shower” tapi dah macam pesta maksiat

"Paling sedih bila kawan saya minta semua kawan lelaki sentuh perutnya" - Saya kena paksa makan dalam lampin, konon ''Baby Shower'' tapi dah macam pesta maksiat

“Paling sedih bila kawan saya minta semua kawan lelaki sentuh perutnya” – Saya kena paksa makan dalam lampin, konon ”Baby Shower” tapi dah macam pesta maksiat

Baby Shower“. Mungkin sudah kedengaran biasa di negara kita kerana ia seakan sudah menjadi trend untuk bakal-bakal ibu pada masa sekarang menyambut kedatangan bayi dengan gaya barat atau moden.

Secara jelasnya, baby shower atau yang membawa maksud ‘sirami bakal ibu dengan hadiah’ adalah majlis untuk meraikan bakal ibu yang mengandung sulung ketika usia kandungan mencecah tujuh hingga lapan bulan.

Kalau dulu, masyarakat melayu melakukan adat melenggang perut atau mandi tian untuk memudahkan si ibu mudah melahirkan anak, namun kini baby shower seakan mengambil alih peranan ini.

Tidak salah untuk menganjurkan majlis ini walaupun namanya berbau kebaratan, selagi tidak melanggar sensitiviti atau perbuatan yang salah di sisi agama, ibu-ibu bebas untuk mengabdikan kenangan anak sulung mengikut cara masing-masing. 

Pengalaman menghadiri ”baby shower” seperti yang dikongsikan oleh Nazira Nazir di Page 9bulan10hari ini pula dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan. Melalui apa yang dikongsikan, ia jelas bertentangan dengan agama Islam terutamanya. Bersentuhan lelaki dan perempuan serta dipaksa makan dalam lampin kononnya mengikut tema baby shower sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Jom kita baca perkongsian seperti di bawah ini. Moga boleh menjadi pengajaran buat bakal-bakal ibu di luar sana agar tidak terlalu obses mengikut budaya barat yang jelas bertentangan dengan agama.

DIPAKSA MAKAN ‘NAJIS BAYI’ DALAM LAMPIN SEMPENA BABY SHOWER!

“Kita orang Islam.. tak payahlah baby shower sangat… sampai lelaki pun boleh sentuh sentuh perut ambil gambar!”

Assalamualaikum 9bulan10hari, minggu lepas saya join baby shower kawan kolej saya. Temanya hitam putih. Kami kawan kawan semua pakat join, kawan lelaki pun ada. Yang sedihnya bila kawan saya ni pakaian dia terlalu ketat, nampak seluruh bentuk termasuklah pusat yang terbonjol keluar tu.

Kawan kawan lain sangat meraikan.. menjerit jerit & posing seksi.. paling sedih bila kawan saya minta semua kawan lelaki sentuh perutnya… suaminya tak ada di rumah masa tu.. kerja…

Rasa macam pesta m*ksiat sebab kawan lelaki pun dibenarkan sentuh sentuh… siap ada yang “cheers” pada anak dalam kandungan dengan pegang gelas.

Saya dan kawan kawan kena paksa makan dalam lampin pakai buang sebab kawan saya kata “barulah fun… baru namanya baby shower”.. Allah.. tergamak dia buat macam tu dengan makanan…

Saya tak rasa saya kolot.. tapi rasa mereka yang dah melampau. Saya doakan saja anak dalam kandungan kawan saya sepanjang #9bulan10hari ini dirahmati ALLAH, terpelihara dari segala zina.

Sepanjang hidup saya tak pernah saya tengok orang Melayu kita buat upacara atas nama ‘baby shower’ macam ni.

Via: SK


Sumber “Paling sedih bila kawan saya minta semua kawan lelaki sentuh perutnya” – Saya kena paksa makan dalam lampin, konon ”Baby Shower” tapi dah macam pesta maksiat

Post a Comment

Previous Post Next Post