“Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10” – Lelaki suka minta duit orang di bank cetus kerisauan

Tular hari ini di laman Facebook I Love Teluk Intan di mana luahan seorang wanita bernama Laila Hanim Ramli‎ di mana beliau memuatnaik sekeping gambar menyatakan kebimbangannya dengan tindakan seorang lelaki yang sering menunggu orang mengeluarkan duit di sebuah bank di daerah ini.
"Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10" - Lelaki suka minta duit orang di bank cetus kerisauan

“Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10” – Lelaki suka minta duit orang di bank cetus kerisauan

Menurut beliau lelaki berkenaan akan meminta wang daripada mereka yang mengeluarkan wang di bank berkenaan dengan jumlah yang agak banyak iaitu RM10.

“Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10,” Tulisnya di laman Facebook dengan memuatnaik gambar berkenaan.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nabella Baharain, lelaki berkenaan selalu menggangu orang di wad kecemasan Hospital Teluk Ini,

“Dah la sound orang orang nak mintak duit, bukannya sikit,” tulisnya.

Bukan saja kt Cimb jer, dekat Maybank pun dia ada juga, saya buat tak layan, kalau dia buat hal, buat laporan polis jer, dia bukan cacat, tapi malas nak cari kerja, senang minta kat orang,” tulis Muhammad Aiman Jamal.

“Dah buat macam-macam dekat dia, dah hantar jauh ke rumah kebajikan di Pahang, dia lari balik semula ke sini, penat dah nak layan dia,” tulis Emma Hamsuri.

Kehadiran lelaki berkenaan telah menimbulkan rasa risau orang ramai untuk mengeluarkan wang mereka di bank berkeaan, mereka risau akan diapa-apakan jika tidak memberi wang kepada lelaki itu.

“Bahaya ni, takut kalau tak bagi duit, dia akan pukul ke ape ke,” tulis Mazlina Dahlan, komen beliau telah dibalas oleh Emma Hamsuri, dia menyatakan “Memang bahaya ..klu Kema kat pejabat dia datang..time dia tak makan ubat..macam-macam dia buat. haritu dia kelar tangan mak andak,”

Rata-rata warga Teluk Intan di dalam group berkenaan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bimbangkan akan keselamatan mereka, ada yang mencadangkan agar ada pihak melakukan laporan polis mengenai kehadiran lelaki berkenaan.

 

Sumber: SK 


Sumber “Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10” – Lelaki suka minta duit orang di bank cetus kerisauan

Post a Comment

Previous Post Next Post