MILAN: Jenama fesyen gergasi Gucci mengejutkan tetamu Minggu Fesyen Milan di Itali apabila ia menampilkan model yang bukan sahaja memperagakan koleksi mereka malah model tersebut turut sama mengendong replika kepala mereka sendiri.
Sumber Ramai terkejut, model Gucci kendong kepala sendiri
Koleksi musim luruh/sejuk 2018-2019 Gucci dihasilkan oleh pengarah kreatifnya, Alessandro Michele.
Menurut laporan majalah fesyen Vogue replika kepala model itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan direka di Rom.Bukan itu sahaja malah pentas peragaan Gucci turut direka seolah oleh bilik bedah sebuah hospital.
Namun tak semuanya senang dengan sesi peragaan itu, ramai netizen yang berang dan memberikan reaksi berbeza terhadap pertunjukan tersebut.
Selain membawa replika kepala sendiri, model Gucci juga turut membawa beberapa elemen misteri lain seperti ular dan anak naga.
Sumber Ramai terkejut, model Gucci kendong kepala sendiri
Tags:
Gaya Hidup AA+