KULIM, 31 Jan — Seorang lelaki tertidur selepas merogol wanita dari kalangan orang kurang upaya (OKU) mental.
Suspek, 50 tahun, tertidur di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu di sini, hampir lima jam sebelum tersedar dan melarikan diri sekitar jam 4 pagi semalam, lapor Harian Metro.
“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit,” kata sumber kepada portal itu.
Suspek ditahan sejam selepas mangsa, 36 tahun, membuat laporan di balai polis Serdang. Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan.
Mengesahkan aduan, ketua polis daerah Kulim DSP Baruddin Wariso berkata suspek sudah ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini.
Sumber Rogol OKU, suspek tertidur lima jam di rumah mangsa
Tags:
PMMO