'Sekurangnya produksi boleh beri sikit token': Khalid Ali

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali mempunyai alasan tersendiri yang membawa kepada tindakannya memboikot penerbitan dokumentari Harimau Malaya 1980.

Lebih utama, bekas pemain bola sepak berusia 61 tahun ini mengakui terkilan dengan cara penghargaan yang diberikan produksi.

“Saya bukanlah nak demand tapi sekurang-kurangnya mungkin produksi boleh beri sikit token?

“Kita kena ingat, untuk menjayakan pembikinan dokumentari itu, kita perlu korbankan masa, tenaga dan petrol. Jadi, takkan saya yang nak keluarkan semua kos itu sendiri?

“So…saya kata return back la…tapi, nampaknya tak dipersetujui, sebab itu saya pun tarik diri,” katanya dalam wawancara khas Live bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurut fakta, Khalid merupakan penjaring terbanyak skuad Harimau Malaya sehingga berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Enam gol Khalid membantu Malaysia muncul sebagai juara pusingan Kelayakan Olimpik Kumpulan 2 Asia.

Secara tidak langsung, peristiwa itu menjadi subjek utama kepada dokumentari Harimau Malaya 1980.

Bagaimanapun, hasrat pasukan itu beraksi di Olimpik Moscow tidak kesampaian berikutan keputusan kerajaan memboikot temasya berkenaan kerana tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan.

Tambahan pula, katanya, dokumentari itu dihasilkan sebagai salah satu langkah pemasaran komersial sekali gus mendatangkan keuntungan.

“Yelah, this is our sejarah. Siapa yang tak suka bila ada yang mahu mendokumentasikannya ke kaca TV.

“Ia bagaikan satu penghormatan besar. Sebab itu, saya mengharapkan sedikit kredit penghargaan,” katanya.

Pada masa sama, Khalid juga kecewa dengan sikap rakan-rakan seperjuangannya yang tidak bekerjasama dalam menangani hal tersebut.

“Saya dapat tahu mereka ada melakukan perbincangan di belakang saya dan keadaan itu buat saya tak berpuas hati.

“Sepatutnya, kita harus bersatu padu untuk mencapai kata sepakat,” katanya.



Sumber 'Sekurangnya produksi boleh beri sikit token': Khalid Ali

Post a Comment

Previous Post Next Post