Bangkai kedua-dua penyu itu dijumpai pada jarak hampir 100 meter antara satu sama lain kira-kira pukul 7.15 pagi oleh para pengunjung.
Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata hasil pemeriksaan menemui beberapa kesan kecederaan pada anggota badan salah seekor penyu terbabit yang mungkin tersangkut pada pukat.Menurut Zawawi pihaknya percaya kedua-dua ekor penyu tersebut ditemui nelayan sebelum bangkainya dibuang di tengah laut.
“Kematian ini mungkin sudah lebih 24 jam.. Iaitu mungkin dah satu minggu dia dah mati. Cengkerangnya yang dah mula tanggal dan bau dah mula busuk.
“Jadi punca kematian ini mungkin kemungkinan adalah terkena kipas bot atau pun kena peralatan tapi kita tengok daripada kematian tu mungkin dia lemas lah,” katanya di sini hari ini.
Zawawi berkata berdasarkan aduan memang terdapat pemasangan pukat pari di sepanjang pantai itu hingga ke Cherating, Pahang.
Sehubungan itu, kata beliau pihaknya tidak bertolak ansur dengan nelayan yang menggunakan pukat tanpa mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan ) 1980.
Sumber Sepasang penyu agar ditemui mati di Pantai Teluk Mak Nik