Tidak puas hati dengan pengetua, pengarah pula diugut bunuh

Polis Ipoh menyiasat kes seorang penulis dipukul tiga individu kerana menulis artikel yang menyokong pembangkang. — Paparan skrin GooglePolis Ipoh menyiasat kes seorang penulis dipukul tiga individu kerana menulis artikel yang menyokong pembangkang. — Paparan skrin GoogleIPOH, 1 Feb — Seorang pengarah jabatan kerajaan di sini menerima surat layang berbaur ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali yang mahu seorang pengetua sekolah di negeri ini ditukarkan.

Menurut sumber polis, mangsa yang berumur 60 tahun itu menerima sepucuk surat menerusi pos di pejabatnya kira-kira 9 pagi Khamis lalu.

Katanya isi kandungan surat itu menyatakan rasa tidak puas hati penulis terhadap seorang pengetua sekolah di Taiping dan meminta mangsa menukarkan pengetua terbabit sebelum Tahun Baharu Cina.

“Sekiranya tidak mengambil tindakan, mangsa akan dihantar ke neraka,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. — Bernama



Sumber Tidak puas hati dengan pengetua, pengarah pula diugut bunuh

Post a Comment

Previous Post Next Post