‘Tidakkah cukup 10 tahun?” kata wanita kepada rakyat P Pinang

Video dimuat naik di blog pro-BN memaparkan seorang wanita merayu tentang keadaan Pulau Pinang yang semakin teruk berbanding 10 tahun lalu.

VIDEO INSIDE

penang-viral-vidGEORGE TOWN: Video seorang wanita tidak bernama menceritakan bagaimana keadaan di Pulau Pinang berubah menjadi lebih teruk sejak pilihan raya lepas tular di media sosial.

Video itu memaparkan seorang wanita, yang mendakwa dirinya berusia lewat 20-an dan seorang eksekutif kanan yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang.

Beliau menyoal sama ada 10 tahun bawah kerajaan negeri pimpinan DAP belum cukup untuk menjadikan kehidupan lebih baik untuk warga Pulau Pinang.

Beliau akui dirinya penyokong Pakatan Harapan, dan mendakwa pernah menyertai tunjuk perasaan anti-kerajaan, seperti himpunan Bersih yang menyeru pilihan raya bersih.

“Pembangkang menang 4 tahun lepas. Ya, kita menang, tetapi bagaimana keadaan Pulau Pinang sekarang?”

Beliau berkata dirinya insaf apabila menyedari kos kehidupan di Pulau Pinang setinggi Kuala Lumpur.

“Kami dipengaruhi seruan perubahan kamu. Tetapi setiap kali sesuatu jadi tidak betul, kamu salahkan kerajaan persekutuan. Kamu terlalu angkuh untuk mengakui kamu salah.

“Orang-orang yang disangka pesalah itulah yang menyelamatkan kami,” kata wanita itu tanpa huraian.

Video itu juga memaparkan slaid Ketua Menteri Lim Guan Eng, termasuk gambar Lim memeluk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ketika banjir November lepas.

“Kamu ingat orang Pulau Pinang dalam keadaan baik, tapi sebenarnya kebanyakannya tidak.

“Tidakkah cukup 10 tahun? Buatlah pilihan yang betul,” kata wanita itu di penghujung video, yang dipercayai dibuat ketika Malaysia bersiap sedia untuk pilihan raya umum ke-14.

Video itu juga memaparkan tangkap lapar artikel yang mengecil-ngecilkan kerajaan Pulau Pinang, termasuk dari outlet berita arus perdana, seperti New Straits Times dan The Star.

Wanita itu juga merayu tentang penderitaannya, dan berkata beliau tidak mampu mencukupkan keperluan kerana gajinya kekal tidak berubah.

“Jutaan bazir”

Beliau kemudian memberitahu tentang beberapa isu yang melanda Pulau Pinang, termasuk lebihan kediaman mewah untuk orang asing.

Beliau berkata tidak ada rumah mampu milik untuk orang tempatan dan pengangguran lebih tinggi, kerana kilang-kilang besar meninggalkan negeri itu.

“Ramai orang hilang pekerjaan tetapi kilang haram muncul di merata tempat; sangat berbahaya. Jutaan dibazirkan ke atas…kajian terowong dasar laut. Apa jadi sekarang?

“Lebuhraya harga terlalu tinggi…mengapa tidak bantu kami? Sampah merata-rata dan bangunan atas bukit.

“Tengoklah kerja-kerja tebus guna dan 20 kejadian banjir pada 2017,” katanya.

Di penghujung video itu, beliau teringat tentang “masa dahulu yang menggembirakan” dengan adanya rumah mampu milik dan kilang-kilang antarabangsa yang besar.

Video dimuat naik oleh penulis blog pro-BN di Facebook, termasuk pengkritik pembangkang yang lantang, Lim Sian See dan Friends of Barisan Nasional.

Belum dipastikan siapa menghasilkan video itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber ‘Tidakkah cukup 10 tahun?” kata wanita kepada rakyat P Pinang

Post a Comment

Previous Post Next Post