Tudung: AirAsia hantar kru lelaki, Firefly bukan Islam

AirAsia tidak menugaskan kru wanita dalam penerbangan ke Aceh berikutan penguatkuasaan pemakaian tudung di wilayah itu. — Foto ihsan FacebookAirAsia tidak menugaskan kru wanita dalam penerbangan ke Aceh berikutan penguatkuasaan pemakaian tudung di wilayah itu. — Foto ihsan FacebookKUALA LUMPUR, 31 Jan — AirAsia akan menugaskan kru lelaki dalam semua penerbangan ke Aceh berikutan wilayah itu menguat kuasa pemakaian tudung.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata mereka sedia mematuhi syarat baru tersebut berikutan wilayah berkenaan mengamalkan undang-undang Islam.

“Kami komited untuk memastikan operasi kami mengikut peraturan,” kata AirAsia dalam kenyataan kepada Malay Mail.

“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan diuruskan oleh kru lelaki”.

Satu lagi syarikat penerbangan ke Aceh, Firefly Sdn Bhd mungkin menyemak semula jadual, hanya melibatkan kru penerbangan bukan Islam.

Ketua pegawai eksekutifnya Ignatius Ong berkata permintaan Aceh masih dipertimbang tetapi keputusan belum dibuat.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Tudung: AirAsia hantar kru lelaki, Firefly bukan Islam

Post a Comment

Previous Post Next Post