Video: “Lu rembat wa, wa rembat lu!” – Lepas dibebaskan Sofi Jikan anggap apa yang terjadi sebagai ujian Allah

“Kasi sengat!!! Lu rembat wa, wa rembat lu!” Itulah antara kata-kata pelakon Sofi Jikan selepas beliau dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lalu untuk membantu siasatan apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Video: "Lu rembat wa, wa rembat lu!" - Lepas dibebaskan Sofi Jikan anggap apa yang terjadi sebagai ujian Allah

Video: “Lu rembat wa, wa rembat lu!” – Lepas dibebaskan Sofi Jikan anggap apa yang terjadi sebagai ujian Allah

Ketika diajukan soalan mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, Sofi menjawab: “Hanya Tuhan saja yang tahu.”

Pelakon yang popular dengan dialog “Wa Kasi Sengat” dalam filem KL Gangstar itu turut melahirkan rasa syukur dengan dugaan yang menimpanya.

“Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah… no komen,” katanya kepada pemberita di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Proses jamin polis tamat pada 11.40 pagi dan beliau diwakili peguan Datuk Hanif Hassan.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Farid Kamil, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid Kamil mendakwa tiga rakan artisnya dikatakan meletakkan dadah dalam minumannya.

Sumber; Metro



Sumber Video: “Lu rembat wa, wa rembat lu!” – Lepas dibebaskan Sofi Jikan anggap apa yang terjadi sebagai ujian Allah

Post a Comment

Previous Post Next Post