Video: “Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing” – Ya Allah, besarnya penderitaan Nur Aina…

BANGKU dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, semalam.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, hari ini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.

Video: "Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing" - Ya Allah, besarnya penderitaan Nur Aina...

Video: “Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing” – Ya Allah, besarnya penderitaan Nur Aina…

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.

Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.

“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro



Sumber Video: “Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing” – Ya Allah, besarnya penderitaan Nur Aina…

Post a Comment

Previous Post Next Post