Yuna berang busana Hatta Dolmat yang digayakan pada majlis perkahwinannya dikatakan ketinggalan zaman

MENAIP komen, kutuk, puji dan macam-macam lagi. Itulah apa terdapat dalam sebuah akaun Instagram yang mengkritik busana rekaan Hatta Dolmat ketika digayakan penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai.

Yuna berang busana Hatta Dolmat yang digayakan pada majlis perkahwinannya dikatakan ketinggalan zaman

Yuna berang busana Hatta Dolmat yang digayakan pada majlis perkahwinannya dikatakan ketinggalan zaman

Terkesan dengan kata-kata yang ditulis oleh pemilik akaun tersebut, Yuna telah mengambil keputusan untuk menegur secara terbuka melalui ruangan komen gambar tersebut.

“Apa sebenarnya yang anda lakukan? Adakah anda seorang pereka fesyen? Anda gunakan gambar pada majlis perkahwinan saya dan beri ulasan yang buruk terhadap kerja keras orang lain.

“Adakah anda lihat bagaimana Hatta tidak tidur dan mendedikasikan masanya menyiapkan baju saya dan anda mendedikasi masa anda untuk membuat ulasan sebegini?” tulisnya di ruangan komen.

Akaun Instagram yang dikenali sebagai I_Knowfashion telah memberi pandangannya yang tersendiri mengenai busana yang digayakan oleh Yuna ketika majlis resepsinya.

“Pertama sekali saya bukan nak cakap yang baju tu tak cantik. Tapi, busana ‘evening dress’ dengan penyambung fabrik di bahagian tepinya nampak macam gaya 3 tahun lepas.

“Kalian boleh pergi ke butik pengantin lain dan pastinya akan nampak baju macam tu bergantung dekat sana. Saya agak terkejut bila ianya merupakan hasil tangan Hatta Dolmat.

“Dia seorang pereka fesyen yang dikenali. Patutnya dia cuba keluarkan gaya baharu, bukannya ikut yang dah sedia ada. Dan lebih-lebih lagi yang digayakan ialah Yuna!”tulisnya lagi.

Walaupun mungkin ianya didengar seperti teguran biasa sahaja sebagai seorang yang ‘arif’ tentang fesyen, tetapi bunyinya agak tidak sopan.

Mana tidaknya, pemilik akaun itu langsung tidak mendedahkan siapakah dirinya dan hanya memuat naik gambar pakaian yang digayakan oleh selebriti di mana-mana acara.

Yang mana cantik di matanya, dia akan puji. Mana yang buruk di matanya, habis-habisan dikeji.

Disebabkan itu, Yuna telah mencabar pemilik akaun tersebut untuk tampil mendedahkan identiti dirinya sendiri dan keluarkan rekaannya yang tersendiri supaya boleh dinilai oleh orang lain.

“Tolong muat naik satu lakaran tentang fesyen anda atau sesuatu yang anda pakai agar kami boleh lihat sejauh mana anda tahu tentang fesyen.

“Saya harap anda bangun tidur esok pagi menggunakan minat anda dalam fesyen kepada sesuatu yang positif yang boleh dikongsikan kepada dunia,” kata Yuna laagi.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan Yuna kerana bagi mereka, individu itu hanyalah menegur rekaan baju yang digayakan supaya dapat dijadikan contoh mahupun pengajaran bagi pereka yang lain.

Tapi ianya tetap mendatangkan kemarahan isteri kepada Adam Sinclair itu kerana baginya mereka satu busana perkahwiann bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

Tak salah nak tegur, cuma lebih baik kalau rasa ia akan mendatangkan kemaraan orang lain, baik duduk diam sahaja daripada berbunyi, kemudian kena kecam…

Buruk di mata kita, tak semestinya buruk di mata orang lain.

Yuna dan Adam Yousof Sinclair telah diijabkabulkan pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Perkahwinan mereka bagaikan satu majlis yang diadakan di alam kayangan kerana berlatarbelakangkan pergunungan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/ AH

 



Sumber Yuna berang busana Hatta Dolmat yang digayakan pada majlis perkahwinannya dikatakan ketinggalan zaman

Post a Comment

Previous Post Next Post