KUALA LUMPUR, 4 Mac — Tidak benar gosip penerbit drama A Aida ada hubungan dengan pelakon Ahya Rosli seperti disebarkan sejak hujung tahun lalu.
Dulu aktif berlakon, Aida, 47, kini sedang mengenali individu berstatus orang kenamaan yang sebaya dengannya, lapor portal Berita Harian.
“Malu rasanya apabila timbul cerita kononnya saya bercinta dengan Ahya. Ini kerana anak saya sendiri berada dalam lingkungan umurnya,” katanya.
“Ini mencemarkan imej saya kerana ada yang menuduh saya suka ‘pucuk muda’.”
Ahya, 31, juga model, anak seniwati terkenal Normah Damanhuri. Beliau mengendalikan Al-Ahya’s Shisha yang pernah dipertikai pada 2016.
Anak sulung Aida, hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring, kini berusia 22 tahun.
Bercakap kepada portal itu, Aida berharap penafiannya ini dapat meredakan spekulasi itu yang dikatakan makin meruncing apabila beliau berdiam diri.
Hujung tahun lalu, Harian Metro melaporkan beliau berkata “saya tidak boleh mengiyakan atau menidakkan. Segalanya adalah ketentuan dan takdir.”
Aida, nama glamor Zaidah Awang, dan Ahya dilaporkan mulai lebih dekat selepas majlis tayangan filem Malay Regiment pada Ogos tahun lalu.
Sumber A Aida tidak pilih Ahya, nafi suka ‘pucuk muda’