Fenomena itu tidak terlepas daripada ‘menjangkiti’ warga Malaysia, yang turut menyaksikan beberapa selebriti terkemuka tanah air seperti Fasha Sandha dan Sari Yanti menari dengan iringan lagu tersebut.
Terbaharu, bukan sahaja selebriti dan orang ramai menyahut cabaran itu, malah anggota perkhidmatan awam turut bersama mengikut gelombang tular itu dengan merakamkan aksi mereka menari lagu tersebut dalam uniform masing-masing.Antaranya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cawangan Gua Musang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, juga kakitangan daripada beberapa Jabatan Kesihatan dan hospital dari serata negara.
Anda lihatlah sendiri, masing-masing menampilkan bukan sahaja sesuatu yang lain dari persepsi biasa khalayak tentang tugas mereka, tetapi kreativiti yang tidakkurang hebat apabila setiap daripada mereka boleh dikatakan menari dengan kareografi yang berbeza!
Ia sebenarnya sejenis cabaran tarian berdasarkan lagu ‘Panama’ nyanyian penyanyi Romania, Matteo yang diterbitkan pada 2013, tetapi mula popular ke seluruh dunia apabila cabaran ‘Panama Dance’ ini mula tular sejak akhir tahun lepas.
Apa salahnya, sesekali legakan tekanan kerja dengan menari, baik untuk kesihatan juga kan?
Sumber Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!