Facebook sekali lagi dihimpit kontroversi. (Gambar: Fortune)
Kontroversi ini bermula apabila terdapat kajian membuktikan data informasi pengguna sebenarnya telah diakes oleh Cambridge Analyticas (CA) menerusi FB.
Difahamkan, hampir 50 juta data profil FB telah dikumpulkan dan data berkenaan dikatakan akan digunakan untuk beberapa tujuan dan kepentingan tertentu.
Kesemuanya berlaku disebabkan kesilapan FB dan perkara itu turut diakui oleh pengasasnya, Mark Zuckerberg sendiri.
Malah beberapa hari selepas skandal berkenaan, Mark yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc akhirnya membuat memohon maaf.
KEBOCORAN DATA TERBESAR FACEBOOK
Menurut Mark, masalah kebocoran data yang berlaku ketika ini adalah yang terbesar dalam sejarah FB.
Apa yang mampu dilakukan FB ketika ini adalah dengan melakukan proses penilaian dan semakan semula aplikasi yang mempunyai akses data sejak 2014.
FB juga mengaudit sebarang aplikasi yang mencurigakan atau sekiranya mendapati penyalahgunaan. Malah, aplikasi yang tidak diakses selama tiga bulan juga akan dipadam serta merta.
“Ini kejadian pecah amanah yang besar dan saya memohon maaf ia terjadi. Tanggungjawab kami kini memastikan ia tidak berlaku lagi.” katanya.
BELI IKLAN UNTUK MOHON MAAF
Tidak cukup dengan permohonan maaf secara terbuka pada sidang media, Mark turut membuat tindakan drastik dengan membeli iklan di media akhbar.
Permohonan maaf dibuat menerusi akhbar The New York Times, The Washington Post dan The Wall Street Journal.
Iklan yang dibeli bukan separuh, tetapi satu muka surat!
Selain itu, permohonan berkenaan turut kelihatan di akhbar U.K papers The Observer, The Sunday Times, Mail on Sunday, Sunday Mirror, Sunday Express dan Sunday Telegraph.
Skandal ini juga menyebabkan nilai saham FB yang dianggar bernilai AS$50 bilion dengan Zuckerberg sendiri bernilai AS$5 bilion, merosot 10 peratus.
Persoalannya, adakah anda memaafan Mark atas kesilapan ini?
Sumber Akui Kesilapan Terbesar Kebocoran Data, Adakah Anda Maafkan Mark Zuckerberg?