KUALA LUMPUR: Cabaran jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir apabila mereka disingkirkan pada akhir Kejohanan Badminton All England pada Jumaat (awal pagi ini waktu Malaysia).
Sumber All England: Cabaran Chong Wei, V-Shem-Wee Kiong berakhir
Perlawanan dengan musuh tradisi, Lin Dan dari China kali ini tidak memihak kepada juara bertahan, Chong Wei dengan kekalahan straight set 16-21, 17-21 dalam masa 52 minit di Birmingham.
Menanti Lin Dan di separuh akhir adalah rakan sepasukannya Huang Yuxiang yang menewaskan H. S Prannoy dari India dalam pertarungan sengit 22-20, 16-21, 21-23, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.Seorang lagi jaguh badminton China, Chen Long turut ditunjukkan jalan keluar oleh rakan sepasukannya Shi Yuqi dengan straight set 10-21, 17-21.
Sementara beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong sukar menandingi beregu nombor dua dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan straight set 20-22, 11-21 dalam masa 43 minit.
Boe-Mogensen akan bertemu Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun di separuh akhir.
-- BERNAMA
Sumber All England: Cabaran Chong Wei, V-Shem-Wee Kiong berakhir
Tags:
Sukan AA+