Asalkan bukan suami orang

PELAKON Dayana Roza mengaku berkawan rapat dengan jejaka berstatus duda anak satu bernama Ariff Ali, 31.

Dayana ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah meletakkan syarat bujang sebagai pilihan hidupnya asalkan lelaki terbabit bukan hak milik orang lain.

"Ya. Kami memang berkawan. Bagaimanapun hubungan kami masih lagi baru. Kami mula berkawan hujung tahun lalu.

"Dia memang berstatus duda. Sudah ada anak perempuan seorang. Jujur saya tidak pernah kisah dengan status duda atau bujang. Asalkan bukan suami orang sudahlah," katanya.

Menurut Dayana, dia mengenali jejaka yang berkhidmat sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan menerusi kawannya.

"Pada masa itu, saya bercuti di Pulau Langkawi. Dari situ kami mula bertukar nombor telefon. Kiranya, kawan atas kawan jugalah.

"Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita. Saya cuma mohon doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik dan berakhir dengan perkahwinan," katanya.



Sumber Asalkan bukan suami orang

Post a Comment

Previous Post Next Post