Memetik laporan Sinar Harian, pelakon filem My Stupid Boss itu berkata, dia lebih bersemangat untuk melaksanakan azamnya itu selepas menerima hadiah senaskah Al-Quran pemberian tunangnya yang juga penyanyi, Awi Rafael. Tambah istimewa, Al-Quran itu dibeli khas dari Masjid Nabawi, Madinah.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menerima hadiah istimewa ini.
"Memang dia sengaja memberinya sekali gus menjadi pembakar semangat supaya saya cepat-cepat khatam al-Quran.
"Dan... saya pun memang sedang mengikut kelas mengaji sekiranya ada masa terluang," katanya.
Atikah dan Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael selamat mengikat tali pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay, pada 17 Mac lalu.
Secara tidak langsung, berita pertunangan ini mengejutkan banyak pihak memandangkan mereka tidak pernah digoaipkan bercinta, sebelum ini.
"Kalau diikutkan, saya dah lama kenal dia iaitu kira-kira sejak lima tahun lalu. Tapi, kami hanya mulai rapat sejak lima bulan lalu.
"Ia (hubungan) berlaku dengan secara tiba-tiba dan apabila adanya keserasian, kami pun ambil keputusan untuk bertunang," katanya.
Pasangan sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac depan.
Dalam pada itu, bintang filem Highland Tower ini juga mengakui terpikat dengan beberapa ciri istimewa Awi.
"Dia seorang yang sangat matang, memahami, talented, menghormati, bijaksana, comel dan pandai dalam apa jua yang dilakukannya.
"Bagi saya dia magic. Saya tak tahu macam mana nak explain, tapi saya memang tak nampak ciri ini pada orang lain. Itu yang paling istimewa," katanya.
Sumber Atikah Target Mahu Khatam Al-Quran Dalam Tempoh Setahun