“Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang.”
RAWANG - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40'an itu didakwa menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung.
Menurut Shahrul, 28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.
Namun Shahrul tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.
Berdasarkan perkongsian yang tersebar di media sosial, dia telah bersabar meskipun lelaki itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa isterinya pergi berubat.
"Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran," katanya.
"Kejadian ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam, dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya inilah rahsia mereka.
"Bukan berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati," jelasnya lagi.
Menurut Shahrul, dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat laporan polis. Shahrul bersedia dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka cerita. Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada polis, Shahrul memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"Mula-mula saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya tak boleh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang suami," katanya.
Sumber: www.thereporter.my
Sumber “Bangla sekarang semakin gila dan berani, pandai dah sentuh isteri orang, calit minyak dagu kat isteri orang”
Tags:
mazeer