Ada sangat ramai manusia yang faham tentang maksud bad marketing adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak perlu dilakukan oleh para penjual atau founder produk.
Jujurnya, kesilapan memahami terma tersebut menyebabkan kesemua perancangan untuk menjadikan produk itu trending atau viral akan runtuh teruk.
Bad marketing diterjemah sebagai “pemasaran jahat’ yang mana digunakan oleh pemilik syarikat untuk bersaing sesama sendiri. Biasanya, mereka ini hanya melakukan semua itu hanya untuk sifat awareness sahaja. Bukan untuk jualan yang berjuta-juta.
Di negara luar, mereka menggunakan saluran ini dengan sangat berhemah dari sudut pemasaran. Sebagai contoh, apabila BMW mengeluarkan seleksi kereta baru, maka Audi pula akan mengeluarkan iklan yang melawan-lawan.
Ia dinamakan sebagai ‘Advertisement War’.
Begitu juga dengan Adidas dan Nike, Samsung dan Apple, Coke dan Pepsi, KFC dan McD dan banyak lagi. Mereka melakukan ‘bad marketing’ ini dengan sangat tersusun dan berstrategi supaya ianya akan mencantikkan permainan penjualan.
Kalian kena ingat, peperangan antara brand ini bukan sahaja berlaku di kalangan penjual dan para pegawai pemasaran, namun ianya akan jadi bualan di media sosial.
Apabila ‘advertisement war’ ini berlaku dengan jelas di mana-mana, maka ‘bad marketing’ mereka menjadi dengan baik. Ia masuk terus ke dalam kepala kita semua.
Selain itu, ‘planned mistakes’ juga ada kaitan dengan ‘bad marketing’. Caranya ialah, mereka akan sengaja membuat kesilapan kecil untuk pelanggan viralkan tentang mereka.
Jika kalian ingat, Starbucks pernah diviralkan dengan kesilapan nama yang dibuat di atas cawan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan akan marah atau memuat naik di media sosial dengan nada perli kepada syarikat itu. Maka ia viral.
Ada banyak lagi contoh “planned mistakes” yang dibuat-buat dan akhirnya ia jadi viral. Contohnya nak beli beger ayam, dapat nugget. Kesilapan ejaan dalam iklan, logo buruk, serta kesilapan membuat poster juga termasuk.
Dua perkara ini menjadi kebiasaan di dalam dunia pemasaran jahat. Dan ianya sering dibuat kerana memang memberi nama mereka naik di mana-mana. Namun, Sekadar awareness sahaja. Mereka fun-fun melakukan ini semua dengan bajet yang lebat.
Dan kalian kena ingat, dikatakan setiap ‘bad marketing’ yang mereka lakukan ialah adanya perancangan ke dua-dua belah pihak di belakang tabir supaya ke semua pihak yang terlibat akan dapat hasil yang lebih kurang sama.
Mereka merancang semuanya dengan seteliti mungkin.
Kita duk bergaduh, depa dapat nama yang akhirnya menukarkan kepada jualan. Kahkah.
Dalam dunia pemasaran hari ini, ada ramai taikun-taikun yang menolak untuk melakukan ‘bad marketing’ ia kerana berisiko tinggi untuk produk dan syarikat mereka hancur terus kerana boleh jadi ada kesilapan yang boleh berlaku.
Sosial media hari ini tersangat kejam sehinggakan boleh jadi mereka berdendam dan mahukan setiap apa yang mereka sakitkan itu perlu ditimbal balas. Maka, mereka tetap mahukan kehancuran.
Di Malaysia,
Kefahaman terhadap ‘bad marketing’ ini sangat nipis. Malah, kita beranggapan setiap hal pemasaran jahat yang dibuat oleh pengasas produk, artis serta mana-mana ikon adalah sebuah pemasaran.
Tidak kawan. Harapnya kalian tidak salah faham. Ada banyak kesilapan yang dibuat oleh mereka yang kemudiannya dikecam dengan teruk hingga akhirnya mereka terpaksa tutup kedai.
Ingatlah, ayat ‘Bad Marketing is Good Marketing’ hanya tertakluk kepada dua perkara itu sahaja. Selain dari dua itu, bukan.
Pada tahun 2015, Fortune pernah mengeluarkan list yang mana beberapa syarikat mega dunia telah tersalah langkah dalam melakukan marketing dan ia terus tidak disebut sebagai ‘bad marketing’,
Ianya digelar sebagai ‘stupid marketing’.
(baca di sini: http://ift.tt/1Yvaic8)
Khairul Hakimin Muhammad,
Sikit-sikit sahaja belajar marketing.
Sumber Banyaklah Kau Punya ‘Bad Marketing is Good Marketing’