Bawa bahan pornografi kanak-kanak, lelaki Malaysia ditahan di Melbourne

SEORANG lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne kerana membawa lebih 900 bahan pornografi kanak-kanak.

Menurut Pasukan Sempadan Australia (ABF), bahan pornografi berbentuk gambar dan video itu dijumpai selepas pemeriksaan dilakukan terhadap suspek yang berusia 27 tahun, ketika dia tiba di lapangan terbang dari Kuala Lumpur.

"Kami menemui lebih 900 gambar dan video yang berkaitan dengan ekploitasi seks kanak-kanak di dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

"Lelaki itu akan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," kata ABF dalam satu kenyataan pada Ahad.

Suspek kini direman sehingga 29 Jun depan dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne.

Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum AUS$180,000 (kira-kira RM543,000) atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.



Sumber Bawa bahan pornografi kanak-kanak, lelaki Malaysia ditahan di Melbourne

Post a Comment

Previous Post Next Post