Bekas pemain Liverpool pengsan tertelan lidah

BEKAS pemain pertahanan Liverpool Martin Skrtel berdepan detik cemas apabila pengsan beberapa minit akibat tertelan lidah sendiri ketika membantu Slovakia menewaskan Thailand 3-2 pada final Piala Raja Thai di Stadium Rajamangala, semalam.

Skrtel tidak sedarkan diri pada minit ke-27 selepas bola terkena muka menyebabkannya rebah serta merta.

Insiden itu mengejutkan keseluruhan pemain beraksi selepas pemain berusia 33 tahun itu terbaring tidak sedarkan diri dan kelihatan seperti tertelan lidah.

Bagaimanapun rakan sepasukannya, Ondrej Duda bertindak pantas untuk membantu pemain pertahanan Fenerbache itu.

Perlawanan terhenti agak lama ketika pasukan perubatan memberi rawatan kepada Skrtel di tepi padang.

Skrtel kemudian kembali sedar dan dapat meneruskan aksi selama 45 minit.

Pemain bek kental itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas rawatan susulan dilakukan doktor pasukan Slovakia.



Sumber Bekas pemain Liverpool pengsan tertelan lidah

Post a Comment

Previous Post Next Post