PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, merangkul kejuaraan pertama di pentas antarabangsa tahun ini selepas menumpaskan wakil Denmark dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Jerman, malam ini.
Sumber Beregu campuran negara tawan Terbuka Jerman
Soon Huat-Shevon mengesahkan gelaran juara kebangsaan minggu lalu meskipun diletakkan sebagai beregu campuran kedua negara.
Kali ini, momentum sama diteruskan dalam Terbuka Jerman apabila muncul satu-satunya wakil negara yang mara ke final untuk berdepan Niclas Nohr-Sara Thygesen buat julung kalinya.
Pada awal pertarungan, Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-10 dunia, mempamerkan aksi berhati-hati untuk cuba membaca permainan lawan, namun selepas terikat 11-11, mereka mula mencipta jurang mata sebelum memenangi set pertama 21-14.Set kedua bermula lebih mudah buat Soon Huat-Shevon yang mendahului 5-0 sebelum lawan yang di ranking ke-55 dunia itu berjaya menghadirkan kekalutan pada penghujung aksi untuk permainan hampir sahaja diheret ke set ketiga.
Namun, Soon Huat-Shevon menamatkan pertarungan 47 minit itu 22-20 untuk dinobatkan juara.
Kejuaraan ini sudah pasti menjadi suntikan semangat buat mereka mengharungi kejohanan Seluruh England, Rabu nanti.
Sumber Beregu campuran negara tawan Terbuka Jerman
Tags:
Sukan AA+