Cantiknya Maya Natasha, Wakil Malaysia Ke Pertandingan Miss Beauty Doll 2018

Cantiknya Maya Natasha, Wakil Malaysia Ke Pertandingan Miss Beauty Doll 2018

Foto: Facebook Miss Beauty Doll Malaysia

Kalau anda ingat manusia sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, anda salah. Sebuah pertandingan bagi anak patung bertaraf antarabangsa, Miss Beauty Doll juga wujud bagi mencari anak patung yang paling cantik dan mempesonakan serata dunia.

  Juara, naib juara dan tempat ketiga Miss Doll Beauty 2017.  

Terdiri dari 'finalis' bersaiz 12 inci dari serata dunia, pemenangnya akan memenangi sebuah mahkota bernilai USD1,000. Salah satu ciri-ciri patung yang ingin menyertai Miss Beauty Doll ini perlulah cantik, mempunyai stail tersendiri dan sering membuat aktiviti-aktiviti kebajikan seperti mana pertandingan Miss World dan Miss Universe.

  Maya Natasha, wakil dari Malaysia.  

Memperkenalkan wakil dari Malaysia, Maya Natasha, 22 tahun, berasal dari Melaka dan berketurunan Baba dan Nyonya.

 

Dia dibesarkan di Kuala Lumpur dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang rekaan barang kemas. Jika ada masa terluang, Maya suka melancong dan mempunyai minat mendalam dalam bidang fesyen.

  Profile Maya Natasha.  

Seorang yang mementingkan tradisi, Maya hadir dalam dua persalinan baju tradisional untuk dipersembahkan di persada antarabangsa. Setakat ini, 26 negara telah mengesahkan kehadiran mereka dan penyertaan masih dibuka sehingga 30 Mac ini.

Persalinan kebaya sulam.Cantik dalam persalinan kebaya songket.

Miss Beauty Doll 2017 menjadi milik negara Jepun dan semoga tahun ini kemenangan berpihak pada Malaysia. Selamat maju jaya kami ucapkan pada Maya Natasha dan pasukan Malaysia yang akan ke pertandingan Miss Doll Beauty 2018.

 Juara Miss Doll Beauty 2017 dari Jepun.

Sumber Cantiknya Maya Natasha, Wakil Malaysia Ke Pertandingan Miss Beauty Doll 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post