1. Jangan pernah bagi anak cuba benda ni. Benda ni dah la manis dan sedap melampau. Sekali dah kena, bukan anak je ketagih. Mak ayah pun boleh ketagih sekali. Pernah dengar istilah ‘sugar craving & hedonic hunger’ ? Ni la effectnya.
2. Mak ayah kena bagi ‘frequent & clear’ reminder dekat anak masing-masing. Sebelum masuk kedai tu buat ‘perjanjian’ dulu dengan anak. “Adik, Ibu nak masuk kedai ni. Adik boleh ambil biskut je tau. Satu benda tu je. Janji? “. Bila anak dah angguk, baru masuk kedai. Kalau anak meronta nak benda ni ingatkan balik pada anak kita tu tentang perjanjian yang dah dibuat.
3. Ajar anak kawal kemahuan daripada kecil. Caranya adalah jangan ‘kabulkan’ permintaan anak secepat-cepatnya bila anak nak sesuatu. Ajar anak kita untuk tunggu dan sabar kalau nak apa-apa sekalipun.
4. Elakkan anak tengok Youtube yang ada demo ‘buka telur’ ni. Ada anak bukan nak coklat tapi nak ‘surprising toys’ dekat dalam benda ni je. Kalau anak dah terlanjur ‘ketagih’ dengan benda ni elakkan la masuk ke kedai-kedai yang ada benda ni. Kenalpasti dulu kedai tu ada tak benda ni. Kalau pasti tak ada, baru masuk. Baru la tak ada drama berguling-guling depan kaunter.
5. Kalau anak yang masih dalam fasa ‘ego-centric’ sekitar umur 2-4 tahun ni memang susah sikit nak makan saman. Jalan terbaik adalah tegas. Mak ayah tak boleh la ikutkan semua yang anak nak. Memang kita sayang anak tapi kita boleh jadikan alasan sayang tu untuk memberikan semua yang anak nak.
Kita LARANG kerana kita SAYANG.
Taufiq Razif
Telegram : t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber Cara Nak Elak Anak Minta Belikan ‘Telur’ Ini