SHAH ALAM, 7 Mac — Punca seekor babi hutan masuk ke Masjid Jamek Sungai Plong, Sungai Buloh semalam kerana cedera akibat dilanggar kenderaan, kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Pengarahnya berkata haiwan seberat 30 kilogram ketika itu mungkin sedang keluar mencari makanan sebelum dilanggar dan menyebabkannya hilang arah, lapor Kosmo!.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada badan babi hutan tersebut dipercayai dilanggar oleh kenderaan,” kata Abd Rahim Othman.
“Itu yang mengakibatkan babi hutan itu menganas sehingga memasuki masjid tersebut sebelum mati ditembak oleh penduduk di kawasan tersebut.”
Katanya orang awam mengadu terlihat haiwan liar yang berkeliaran di kawasan itu sejak Januari lalu.
Malam semalam, babi hutan yang dipercayai tersesat memasuki masjid dan menyondol seorang jemaah sebelum ditembak menggunakan senapang patah.
Sumber Cedera dilanggar punca babi mengganas di masjid
Tags:
PMMO