Daftar Kanak-kanak diperluas

KUALA LUMPUR: Seramai 107 pesalah yang dihukum kerana melakukan jenayah mengikut Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 disenaraikan dalam Daftar Kanak-kanak (DKK), sepanjang tahun lalu .

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata pengumpulan maklumat bagi DKM selaras dengan penguatkuasaan pindaan Akta Kanak-kanak 2001 pada 1 Januari 2017.

Kata beliau, di bawah Seksyen 119 akta yang sama, isi kandungan DKK diperluas bukan sahaja rekod khusus mengandungi butiran kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, malah membabitkan maklumat pesalah jenayah berkaitan akta berkenaan.

"Antara kesalahan yang dilakukan bukan hanya membabitkan jenayah seksual semata-mata tetapi kesalahan lain seperti mendera, mengabaikan, membuang, menggunakan kanak-kanak untuk aktiviti mengemis atau aktiviti menyalahi undang-undang.

"Ia termasuk menggunakan kanak-kanak untuk perhimpunan jalanan serta membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sepatutnya

"Butiran DKK adalah sulit, manakala maklumat pesalah diperoleh daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua itu tidak akan dikongsikan dengan umum," katanya ketika menjawab soalan Wong Chen (PKR -Kelana Jaya), di Dewan Rakyat, hari ini.

Chen bertanyakan solan mengenai bilakah kementerian akan menguatkuasakan DKK dan kriteria berkaitan.

Azizah berkata, tujuan perluasan maklumat dalam DKK adalah untuk membekalkan maklumat mengenai individu yang akan diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak.

Katanya, ia membabitkan bidang penjagaan di institusi jagaan, pengasuhan di TASKA, pendidikan di sekolah, perubatan serta perniagaan berkaitan pengendalian kanak-kanak.



Sumber Daftar Kanak-kanak diperluas

Post a Comment

Previous Post Next Post