Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan jawapan dengan mengaitkan krisis air di Selangor membuatkan Ahli Parlimen Gombak itu berdiri dan menyatakan rasa tidak kepuasan hati beliau.
Malah, beberapa ahli parlimen Barisan Nasional bangun menyelar Mohamed Azmin kerana mengaitkan soalan hutang negara dengan 1MDB serta mengecam Azmin kerana gagal menyelesaikan isu air di Selangor.
“Saya buat perbandingan, ada contoh. Tetapi kenapa Gombak 'panas punggung' (apabila) sentuh pasal air? Hairan, hairan,” jawab Najib.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, isu air di Selangor akan dapat diselesaikan dengan baik jika kerajaan Persekutuan menguruskannya.
BACA: Hutang negara diurus baik, komitmen bayaran tak boleh dipersoal - PM
Beliau memberi indikasi dengan menggambarkan bahawa isu hutang negara yang sehingga hari ini kerajaan mempunyai kemampuan untuk membayar balik dengan baik.
Jelas Najib ia sendiri dinyatakan oleh badan penarafan antarabangsa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang meletakkan Malaysia dalam kategori A mengenai aspek kemampuan untuk membayar balik hutang.
Sumber Dewan Rakyat kecoh, Azmin 'panas punggung' diperli krisis air Selangor