Dituduh drama air mata: Intan buka mulut

"SAYA ini bukanlah pelakon nak buat drama air mata. Dia nak cakap saya berlakon, so, selama ini apa yang berlaku dia berlakonlah?," bidas Intan Liana Saleh apabila diminta berhenti membuat 'drama air mata'.

Malah, wanita berusia 33 tahun ini juga mengakui terkilan apabila dikatakan berbohong kerana ingin meraih simpati.

"Raih simpati? Saya pun tak jangka perkara ini akan jadi tular seterusnya dapat sokongan daripada orang ramai. Jujurnya, saya terharu. Mungkin, mereka pun boleh rasa apa yang saya rasa.

"Tapi, saya kecewa bila dia cakap macam itu, namun benda ini jadi sebab apa? Berpunca daripada siapa?

"Saya sendiri pun tak nak jadi macam ini, lagi-lagi bila orang ramai asyik bercakap mengenai hal rumah tangga kita," katanya pada Sinar Harian.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun. - Foto Sinar Harian
Intan Liana dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun.

Pada masa sama, Intan Liana juga mengakui terkejut apabila rumah tangganya dikatakan bergolak, sejak dua tahun lalu.

"Setahu saya, selama ini rumah tangga kami OK saja. Kami juga jalani kehidupan seperti biasa.

"Kami pun tak pernah bergaduh. Tapi tak tahu pula kalau selama itu dia rasa kami bermasalah," katanya.

BACA: 'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda

BACA: Ude, Intan Liana akhirnya sah bercerai

Difahamkan, konflik rumah tangga pasangan ini berlaku selepas Ude yang juga pemuzik bebas bernikah secara rahsia dengan pelakon popular, Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017.

"Sebelum kantoi, kami memang macam biasa. Tak ada apa-apa berlaku.

"Memang saya ada nampak sikit-sikit perubahan sikap dia tapi saya tak syak apa-apa kerana saya percaya dia 100 peratus.

"...Hinggalah saya dapat tahu dia dah kahwin lain. Selepas itulah, dah jadi cerita lain," katanya.


Terus bangkit meneruskan kehidupan, Intan Liana juga meluahkan rasa syukur kerana rezekinya semakin dipermudahkan.

Buat masa ini, ibu kepada dua cahaya mata ini menjadi model tudung di bawah jenama, Aliff by Sha untuk tempoh enam bulan.

"Nak tak nak, saya perlu merancang sesuatu untuk masa depan saya dan anak-anak.

"Alhamdulillah, rezeki saya juga semakin murah dan tak putus-putus.

"Saya ada juga menerima tawaran untuk menjadi model Muslimah. Tapi, semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan," katanya.



Sumber Dituduh drama air mata: Intan buka mulut

Post a Comment

Previous Post Next Post