Dr M janji umum logo Pakatan Harapan dalam seminggu

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan logo dari parti mana akan digunakan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum kelak. — Foto oleh Miera ZulyanaTun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan logo dari parti mana akan digunakan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum kelak. — Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 27 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk mengumumkan logo Pakatan Harapan (PH) dalam seminggu.

Pengerusi PH itu berkata “ada sedikit saja lagi keputusan yang diperlukan” sebelum logo dimuktamad, lapor Sinar Harian

Namun, Mahathir tidak menyatakan logo dari parti mana akan digunakan pada pilihan raya umum kelak.

“Tunggulah, seminggu sahaja lagi,” kata bekas perdana menteri.

Pada 27 Februari lalu, beliau berjanji untuk menggunakan satu logo pada pilihan raya umum ini, dengan memilih satu daripada empat logo parti dalam PH.



Sumber Dr M janji umum logo Pakatan Harapan dalam seminggu

Post a Comment

Previous Post Next Post