Menurut presidennya, Gianni Infantino, mereka mahu memberi alat untuk pengadil memudahkan tugas mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik, lebih-lebih lagi dalam temasya terbesar sukan itu.
“Kita perlu mengikut arus masa.
“Tidak mustahil pada 2018 semua orang (yang sedang menyaksikan siaran langsung bola sepak) di ruang tamu tahu hanya beberapa saat selepas permainan sama ada pengadil membuat kesilapan atau tidak,” jelasnya.
Perkara itu diumumkan selepas sidang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) yang berlangsung di sini sebulat suara bersetuju untuk memperkenalkan pelaksanaan VAR secara kekal awal bulan ini.Badan itu bersetuju meluluskan teknologi itu berdasarkan hasil kajian bebas yang dijalankan sebuah universiti Belgium, KU Leuven.
“Pada mulanya saya skeptikal, tetapi tanpa mencuba kita tidak tahu bagaimana kemampuannya.
“Tanpa VAR, seseorang pengadil boleh membuat satu kesalahan besar setiap tiga perlawanan. Dengan VAR, angka itu kami sudah lihat daripada beberapa percubaan yang menunjukkan bahawa kesilapan dibuat sekali setiap 19 perlawanan,” terangnya.
VAR diperkenalkan pertama kali kepada dunia bola sepak dalam Piala Dunia Kelab pada Disember 2016, dan turut dicuba dalam temasya Piala Konfederasi 2017.
Ia turut cuba dilaksanakan dalam beberapa saingan piala domestik England musim ini, juga di Jerman dan Itali.
Bagaimanapun, sistem ini mengundang beberapa kontroversi dan menyebabkan beberapa keputusan salah dilakukan pengadil.
Antara paling hangat diperkatakan adalah selepas Tottenham Hotspurs membelasah Rochdale 6-1 dalam saingan Piala FA lewat Februari, di mana satu gol tidak disahkan dan pembatalan penalti yang telahpun berjaya disempurnakan.
Susulan itu, Liga Perdana Inggeris belum pasti untuk mengaplikasikan teknologi itu musim depan, malah UEFA turut menolak penggunaannya dalam saingan Liga Juara-Juara 2018/2019.
Sumber FIFA luluskan pelaksanaan VAR dalam Piala Dunia Rusia