Baru-baru ini, Aliff melantik Intan sebagai model tudung jenama Aliff by Sha selama enam bulan.
"Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus.
"Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik," kata Aliff.[BACA: "Ya, Memang Saya Ambil Kesempatan Terhadap Isteri Pertama Ude" - Aliff Syukri]
Tambah penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, dia mengambil madu kepada aktres Izreen Azminda itu sebagai model untuk menambahkan pendapatan Intan yang merupakan ibu kepada dua orang anak.
"Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya menambah pendapatan. Dia mempunyai aura untuk mengembangkan lagi bakat serta kerjaya, namun dia sangat mentah dan naif.
"Banyak yang perlu Intan pelajari untuk menjadi lebih menyerlah selepas ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aliff sedang mempertimbangkan beberapa tawaran untuk berlakon dalam beberapa telefilem serta drama.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber Gara-gara isteri pertama Ude, jualan tudung Alif Syukri naik 50 peratus