Gaun pengantin Meghan Markle cecah harga RM2 juta

BAJET untuk majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan bertambah sekali ganda.

Penambahan itu dikatakan berpunca daripada gaun pengantin yang akan dikenakan Markle yang berharga  £393,416 (RM2.1 juta).

"Peruntukan untuk gaun pengantin itu merupakan yang terbesar dalam keseluruhan bajet," kata sumber kepada portal Look UK.

Namun begitu, teka-teki tentang siapa yang akan mereka gaun pengantin berkenaan belum terjawab.

Pereka fesyen British, Alexandra McQueen, disebut-sebut sebagai pilihan Markle, apatah lagi McQueen juga telah mereka gaun pengantin yang dipakai Kate Middleton ketika mengahwini Putera William pada tahun 2011.

Portal Daily Mail bagaimanapun melaporkan, pereka yang dipilih merupakan "rakan baik" Markle.

Markle dan Harry akan berkahwin 19 Mei ini di Gereja St. George, London.



Sumber Gaun pengantin Meghan Markle cecah harga RM2 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post